Beraya di Kelantan
Tahun ini, 2018, saya telah mengambil keputusan beraya di Kelantan. Ada tugasan peribadi dan ada banyak isu dalaman perlu diselesaikan di tepi pantai nanti.
Isu perjalanan ke sana juga tak menjadi isu apabila kami mengambil masa 14 jam dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Dengan insiden kereta tak boleh start sebab off enjin tak off lampu yang menakutkan di kawasan yang takde Internet, takleh call out, perjalanan pergi dan pulang memang mencabar tetapi walaupun penat kami semua puas hati.
Antara favourite aku adalah jeruk buah ster. Sebutan ster macam sebut stering wheel.
Bachok, terletak 31 kilometer dari kota Bharu, terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban and chak. Ban bermaksud kampung dan chakbermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah.
Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut.
Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut.
Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.
Begitu sukar untuk mengulitkan kata-kata untuk menceritakan pengalaman manis semasa di sana, terutamanya pada saat istimewa kehidupan yang selalunya dilalui penuh ranjau sebelum ini.
Selangkah demi selangkah, kita maju ke depan. Kerana manusia tidak dicipta dengan gear reverse.
Setiap sesuatu itu untuk dinikmati, semasa adanya, bukan semasa kehilangannya.
Dualiti antara setiap sesuatu, bukan triniti.
Antara ratusan pohon pohon kelapa, ada itik
Pantai yang menyimpan kenangan, kenangan di pantai.
Comments
Post a Comment