Maradona, Wira Berjiwa Bebas

 

Diego Armando Maradona telah meninggal dunia pada 25 November 2020, pada usia 60 tahun kerana serangan jantung. Masa aku kecik dulu, baru darjah 3 mungkin, World Cup 1986 (best world cup ever!) menyerlahkan Maradona sebagai pemain bolasepak dunia yang paling terror. 

Maradona


Pada tahun 1986, waktu tu quarter final Argentina bertemu England, dan masa tu, England adalah favourites untuk menang. England yang belum pernah menang World Cup semenjak 1966, memang betul-betul nak menang sebab pasukan dia top form masa tu dan masa tu belum ada English Premier League (EPL) lagi, tapi Football League First Division tengah hangat dipromosikan kepada pemain bolasepak terhandal dunia, untuk melawan Serie A Italy dan La Liga Spain.


Apakan daya, Maradona menghancurkan England dengan dua gol, keduanya istimewa. Satunya dikatakan Goal of the Century dan satu lagi gol Hand of God. Untuk budaya orang England, gol kedua itu dikatakan cheating, satu penipuan tapi untuk orang-orang Latin America, keputusan adalah lebih penting daripada bagaimana mendapatkan keputusan itu. Kehidupan Amerika Selatan yang rata-rata miskin, keterbiasaan untuk mendapatkan sesuatu adalah susah sehingga budaya nawaitu menghalalkan cara adalah norma dan sehingga ke hari ini kita boleh lihat budaya tersebut dalam pemain-pemain Amerika Selatan. Neymar, contohnya hingga ke hari ini tidak segan untuk terus jatuh mengerang sakit bila dijatuhkan lawan meskipun tackle lawan tidak mengena kakinya. 


Maradona walaupun bertahun-tahun selepas itu masih tidak melupakan referee perlawanan tersebut dan dia melawat Tunisia, tanah asal Ali Bennaceur. 


Maradona memang seorang berjiwa bebas, walau mati di usia muda , hidupnya penuh dengan insiden dan dia tidak pernah malu untuk hidup sebagai dirinya yang sebenar.

Dan Maradona , yang tidak pernah akur kepada kuasa-kuasa yang mahu menggunakannya sebagai duta produk-produk yang dia tidak bersetuju, menjadi mangsa media yang mahu memiliki Maradona hanya untuk kepentingan mereka.

Dan dia terus diburukkan di dalam media Barat


Maradona adalah mangsa - Jorge Valdano

Dan Maradona, memilih untuk bermain untuk kelab Napoli, kelab paling dibenci oleh orang Itali. Dan dia berjaya membawa kelab ini menjadi juara! 



Maradona





 

Di Argentina :


 

Dunia tak akan menghargai manusia berjiwa bebas macam Maradona. Dunia mahukan semua orang hidup mengikut tertib dan peraturan yang mengangkat yang kuat menindas yang lemah. Maradona, walaupun katik, bukan lah seorang yang boleh diperkotak katik kan


Barcelona Tentang Maradona Pada 1978 Yang Luar Biasa

https://www.vocketfc.com/?p=55154

 

Comments

  1. Merit Casino Review | Deposit Bonus and Games
    Merit Casino Review · What is the welcome bonus? · kadangpintar 1. CasinoRewards · 2. No febcasino Deposit Bonus and Free Spins · 메리트카지노 3. Jackpot Casino · 4. BONUS MONEY.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts