Media Sosial Malaysia : Viral atau Tular



Social media


Sejak wujudnya media sosial, viral atau tular itu telah menjadi salah satu perkataan dalam kosa kata kita.

Apakah itu tular atau viral dalam bahasa digital kita?





Secara definisi, viral berasal dari perkataan "virus," menggambarkan ejen berjangkit kecil menjangkiti

semua jenis organisma. Di internet, satu posting boleh tersebar seperti virus jika orang menjadi

"dijangkiti" apabila melihatnya. Jadinya, perkataan paling dekat dengan viral yang saya fikirkan adalah

“wabak”. Sesuatu wabak ini biasanya datang dari emosi yang menimbulkan perasaan yang

merangsang penonton untuk terus berkongsi, meneruskan proses viral.





Ini psikologi manusia. Dari bayi, saat pertama kita lahir, kita menangis kerana kita ingin berhubung.

Perhubungan yang membuat kita rasa bernyawa.





Apabila kita berkongsi sesuatu secara dalam internet, ia meninggalkan kesan emosi.

Sama ada ia membuat anda sedih, gembira, marah, terkejut, jijik, atau apa-apa lagi -

kita berkongsi kerana anda mahu orang lain berkongsi perasaan itu dengan anda.





Tidak ada bilangan Likes, retweet, shares, atau sebarang ukuran interaksi yang diperlukan

untuk mencapai tuntutan status “viral”. Ada hari, di mana tidak banyak cerita di media social,

sesuatu yang biasa boleh menjadi viral.





Oleh itu, viral adalah sangat relatif. Sesetengah golongan boleh meletakkan nombor,

contohnya 1 juta Views di YouTube dalam seminggu. 1,500 mentions di Twitter dalam 5 jam,

jika untuk trending. Tambahan pula dalam media tertutup seperti Whatsapp, ia sukar ditetapkan.

Mungkin kalau Nampak video yang sama dalam 5 Whatsapp group boleh dikira viral.





Bagi golongan professional dalam industry digital, kalau sesuatu posting keluar di Google Trends,

Twitter atau Google Trends, ianya berjaya menjadikan trend maka, itu bukti kukuh ianya viral.










Penularan sesuatu perkara itu bergantung kepada keadaan masyarakat itu sendiri.

Apakah antara jenis perkara atau topik yang biasanya tular dalam konteks masyarakat kita?






Sesuatu posting di social media itu akan viral kerana emosi. Jadi, melalui isu isu viral di Malaysia, k

ita boleh mengagak apa jenis posting yang membangkitkan pelbagai jenis emosi masyarakat Malaysia.






Marah.


Orang Malaysia mudah marah dengan isu isu agama, bangsa. Walaupun makin berkurangan dari

dahulu. Contohnya baru baru ini viral topik seorang rakyat negeri Kelantan yang beristeri umur

11 tahun. Ini kerana isu ini menimbulkan sesetengah pihak. Kemarahan sesetengah pihak in

pula menimbulkan kemarahan pihak yang lain. Debat di media social kemudian berlaku,

menghangatkan lagi topik ini






Malaysia cepat lupa


Isu viral di Malaysia ini cepat naik dan cepat juga hilang. Kalau kita grafkan isu yang hangat,

bentuknya curam kerana semua orang posting pada masa sama kemudian bila ada topik lain,

posting tentang itu pula. Perbincangan topik tidak terlalu lama biasanya.






Topik berulang ulang


Setiap raya akan viral topik cuci pinggan di rumah. Tanggungjawang wanita atau laki-laki.






Tiada kesan


Namun biasanya topik viral di Malaysia akan berlalu tanpa apa apa pengajaran ataupun tindakan.


Orang Malaysia kuat emo


Pakatan rakyat banyak menggunakan video berbentuk emosi yang viral.






Jenis medium yang tular (artikel, gambar, video, audio?)






Apabila orang memikirkan istilah "viral," mereka sering memikirkan video viral.

Sebenarnya, apa-apa boleh viral di internet. Sama ada foto, animasi, artikel, petikan, tweet,

orang, gambar haiwan, idea, hujah, kupon, peristiwa, atau apa-apa lagi -

ia mempunyai kuasa untuk menjadi virus jika ia dapat memberikan emotional impact pada ramai

pengguna dalam masa yang singkat.






Video mempunyai kebarangkalian lebih tinggi untuk viral kerana platform seperti Facebook, Twitter

dan sebagainya lebih suka content video kerana ia lebih mudah menarik penggunanya.






Trend sekarang ialah video 2-3 minute yang ada pengulas, dan juga ada sari kata. Di dalam sari kata

pula di highlight kan perkataan penting . Manusia kini makin malas, semua nak disuap directly terus.






Benda berbentuk visual lebih mudah untuk viral. 70% daripada maklumat yang diterima otak adalah

melalui mata.






Yang kedua imej yang ada kata kata, seterusnya tulisan sahaja.



Audio sahaja seperti podcast jarang viral di Malaysia tapi kadang kadang ada audio yang viral

di whatsapp contohnya ucapan selamat hari raya dalam bahasa Tamil di Whatsapp.









Adakah terdapat perbezaan penularan sesuatu perkara itu berdasarkan medium?






a, ada berbeza dalam penularan setiap medium. Setiap medium umpama negara di mana

penduduknya juga berbeza. Malaysia di YouTube berbeza dengan Malaysia di Facebook dan

Malaysia di Twitter.






Pokoknya setiap platform tak kira apa pun mahu anda menghabiskan sebanyak masa mungkin di situ.

Ia akan cuba menarik anda untuk bertindak atau meningkatkan engagement dengan Like Share atau Retweet. Ianya satu bisnes besar.






Attention (perhatian) adalah satu komoditi






Di Twitter lebih liberal dan terbuka. Setiap topik viral datang dan pergi lebih pantas dari platform

yang lain. Debat tentang sesuatu perkara paling menarik di Twitter kerana kepantasan orang

berbalas balas tweet.






Di Facebook lebih kepada group group atau pengikut pages tertentu serta mengikut minat.

Dan Facebook Live akan menarik ramai penonton kerana content Live diberikan priority tinggi

oleh Facebook, jadi






Di Instagram, instastory paling mendapat tempat sekarang kerana lebih ramai orang suka content itu t

erus hilang. Pelik tetapi itulah manusia.






Di Youtube pula mengikut minat dan subscriber base mereka.









Kenapa perkara-perkara ini tular biasanya? Apa sentimennya kepada orang ramai??






Saya berbalik kepada psikologi manusia.

Orang Malaysia share sesuatu kerana itu sebahagian dari mereka. Orang yang pemarah akan

share perkara yang membuatkan mereka marah. Orang yang lucu suka share sesuatu yang lucu.Orang yang islamik akan share sesuatu islamik. Kerana manusia memerlukan validation dari
orang lain.






Kalau saya marah, dan orang lain juga marah bila saya share sesuatu posting, itu
memberikan validity pada tindakan saya. Saya marah itu betul. Contohnya orang marah bila Jamal
Yunos pakai tuala protes air tak ada di Selangor. Saya share posting itu sebab marahnya saYa k
enapa la nak sampai macam tu. Bila orang lain pun marah, saya merasa normal. Manusia
secara default memang paling senang sharing perkara yang menaikkan kemarahan.






Kadang kala sharing boleh menjadi negative kerana fakta tidak benar. Contohnya fake news.
Waktu isu Viral Low Yat, orang ramai tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Ada yang hanya
faham lelaki Melayu dipukul peniaga Cina. Jadi ia menyebabkan ramai orang sentap dan
terus share tanpa semak fakta sebenar. Ini bahaya. Masyrakat kita cepat sentap. Tapi kita
melalui inisiden seperti ini dan kita belajar. Isu Bangla dalam pilihanraya misalnya.






Kadang kadang juga nilai pengetahuan di dalam sesuatu posting itu penting.
Contohnya isu Quinoa. Apabila ia viral, ramai orang yang mencari apa maksud quinoa itu
sebenar , hamper 2000 google search dalam satu jam. Sebab orang nak bercakap tentanG
quinoa tapi mereka nak tahu dulu sebelum posting, supaya tidak kelihatan tak tahu bila menerima
komen.






Apakah metriks atau kayu ukur yang digunakan untuk melihat kepada penularan sesuatu perkara itu? Berapa banyak “hits” sebelum ianya boleh dianggap sebagai “tular”?






Untuk gologan profesional, ada beberapa kayu ukuran yang berbeza untuk mengukur viral.

Biasanya untuk brands atau syarikat, mereka mengira mentions, berapa kali brand mereka disebut.

Jadi ini bergantung pada brand itu sendiri. Jika hari normal dia menerima 5,000 mentions, kempen

yang viral ataupun krisis digital akan mencecah 100 hingga 300 purata mentions, jadi dalam 15,000

mentions bagi brand tersebut ia akan dianggap kempen viral.


Social Media



Biasanya, dalam marketing product menggunakan sosial media terutamanya Facebook dan Instagram

ada organic reach (kesampaian organik secara natural) dan paid reach (reach berbayar) di mana boleh

membayar untuk sesuatu posting sampai ke lebih ramai users. Jadi dari segi ini, viral bergantung

kepada tarket market pemasar tersebut dan berapa paid reach yang sanggup dibayar untuk sampaikan

posting ke target market serta berapa ramai orang yang disasarkan.






Untuk penggunal Facebook normal, 1,000 Shares dalam satu hari mungkin sudah dianggap viral.

Tapi tidak untuk brands ataupun Facebook page yang mudah viral.






Di Twitter, untuk menjadi trend, lebih kurang 1,500 mentions dari pengguna yang berbeza dalam 1 jam

untuk menjadi trend.






Tapi twitter juga mempunyai algorithm yang baik untuk mengesan bot. Misalnya waktu GE14, ada

20,000 bot yang dilaporkan oleh Reuters yang menggunakan hashtag “mengundirabu” tapi oleh

kerana kebanyakan adalah bot, ia tidak menjadi topik.






Apakah metriks atau kayu ukur yang digunakan untuk melihat kepada penularan sesuatu

perkara itu? Berapa banyak “hits” sebelum ianya boleh dianggap sebagai “tular”?






Untuk gologan profesional, ada beberapa kayu ukuran yang berbeza untuk mengukur viral.






Biasanya untuk brands atau syarikat, mereka mengira mentions, berapa kali brand mereka disebut.

Jadi ini bergantung pada brand itu sendiri. Jika hari normal dia menerima 5,000 mentions, kempen

viral ataupun krisis digital akan mencecah 100 hingga 300 purata mentions, jadi dalam 15,000

mentions bagi brand tersebut ia akan dianggap kempen viral.






Biasanya, dalam marketing product menggunakan sosial media terutamanya Facebook dan

Instagram ada organic reach (kesampaian organik secara natural) dan paid reach (reach berbayar)

di mana boleh membayar untuk sesuatu posting sampai ke lebih ramai users. Jadi dari segi ini,

viral bergantung kepada tarket market pemasar tersebut dan berapa paid reach yang sanggup dibayar

untuk sampaikan posting ke target market serta berapa ramai orang yang disasarkan.






Untuk penggunal Facebook normal, 1,000 Shares dalam satu hari mungkin sudah dianggap viral.

Tapi tidak untuk brands ataupun Facebook page yang mudah viral.






Di Twitter, untuk menjadi trend, lebih kurang 1,500 mentions dari pengguna yang berbeza dalam 1 jam

untuk menjadi trend.






Tapi twitter juga mempunyai algorithm yang baik untuk mengesan bot. Misalnya waktu GE14, ada

20,000 bot yang dilaporkan oleh Reuters yang menggunakan hashtag “mengundirabu”

tapi oleh kerana kebanyakan adalah bot, ia tidak menjadi topik.






Adakah penularan itu berlaku secara organik, atau adakah ianya boleh “disengajakan?






Amat sukar untuk menyengajakan viral. Biasanya manusia dapat mengesan iklan dan jarang share.

40% dari rakyat Malaysia tidak percaya kepada brand brand besar.






Di Malaysia saya belum lihat ada viral yang disengajakan dengan bayaran sahaja.






Amat sukar untuk buat sesuatu yang viral dengan sengaja. Contohnya viral hashtag #hatepuk

baru baru ini oleh artis Sharifah Sakinah dalam drama “Bini aku dari ….” kini jadi banyak ikutan di

Instagram.

Dari hanya beberapa posting kelakar di Instagram dan pengikut drama itu terus terikut sehingga

hari ini jadi viral.













Macam mana kita nak tularkan sesuatu itu?






Ada yang bijak menggunakan sentimen untuk memviralkan sesuatu isu.


Contohya bomoh yang menggunakan kelapa sewaktu MH370.


Contohnya Sajat dan Datuk Aliff Syukri, Dato Vida, cukup bijak untuk mendapatkan perhatian

melalui posting sensasi.


Jamal yunos pula tahu menggunakan kemarahan untuk viral.






Banyak Facebook page di Malaysia bertanding antara satu sama lain untuk mendapat kandungan yang

viral.






Dengan menggunakan content yang bagus, peluang sesuatu posting itu lebih baik untuk viral.






Menggunakan influenser yang mempunyai ramai pengikut.






Bertanyakan soalan untuk meningkatkan engagement posting tersebut









Dengan wujudnya personalisation dan algoritma yang lebih bersifat “individualised” di media

sosial, penularan sesuatu itu mungkin terhad dalam “bubble” mereka sendiri. Apakah perbezaan

perkara yang tular yang dapat kita lihat dalam konteks masyarakat Malaysia ini, berdasarkan latar

belakang dan geografi?






DI Malaysia ada beberapa trend baru muncul melalui media sosial.






Saya perhatikan budaya raver sotong contohnya, sesuatu yang amat unik, hanya di Malaysia. Dalam

satu dunia tak ada orang menari raver tapi entah bagaimana boleh terhasil budaya raver sotong.






Dan budaya Kpop. Hampir setiap hari di Twitter pasti ada trend tentang Kpop. Ini bermakna ramai

yang post tentang artis atau drama kpop. Bila saya kaji kebanyakan peminat Kpop, wanita, bertudung

berumur 15 hingga 45 dan kebanyakan dari kawasan pedalaman, Kelantan, Terengganu, Sabah,

Sarawak. Budaya Kpop ini memberikan satu ruang mereka lari dari realiti dan hidup dalam keadaan

yang mereka mahu. Dan ini berbeza dengan pemakaian mereka yang kalau diperhatikan amat amat

tradisional.






Jadinya, masyarakat malaysia amat kompleks di mana luaran dan dalaman tidak semestinya sama.

Ini salah satu contoh evolusi masyarakat yang jelas melalui media sosial.









Adakah ini sedikit sebanyak memisahkan masyarakat dengan apa yang sebenarnya berlaku di luar

sana, di luar kepompong mereka?






Ya, ini adalah sesuatu ciri sosial media kerana ia menyebabkan golongan menjadi lebih ekstrim.

Dalam silo sendiri.






Contoh antarabangsa, walaupun sudah tahun 2018 dan banyak kemajuan teknologi, masih ramai

yang percaya Flat Earth theory. Ada Facebook page dan kumpulan yang ramai yang mengatakan bumi

ini datar.






Itu di konteks antarabangsa..






Konteks dalam negara pula adalah yang bahaya dari segi pseudo sains. Banyak penjual ubat

menggunakan pseudo sains untuk menjual produk mereka. Air Anugerah, Kismis/Coklat Minda,

Terapi Warna, pil stem sel awet muda, pengubat kanser.






Apabila manusia terletak hanya dalam satu kelompok sahaja dan tidak terbuka, mereka akan lebih

cenderung untuk percaya apa sahaja dalam kelompok mereka. Biarlah satu dunia menyatakan mereka

salah. Malah itu akan menguatkan lagi kepercayaan mereka.






Apakah pendapat atau pemerhatian Syed Khalid tentang masyarakat Malaysia ini, berdasarkan

habit sosial media mereka?






Pemerhatian saya yang pertama adalah orang Malaysia tidak dapat berterus terang seperti mana

di Barat. Budaya kita berlainan dan ini menyebabkan ramai tidak faham masyarakat Malaysia

berbanding yang di Barat.






Masyarakat Barat, mereka boleh menjadi orang yang sama kepada semua orang. Bob boleh

menjadi orang sama kepada semua orang, kepada ibu bapa , kepada teman sekolah, teman sekerja

dan kawan kawan lain.






Tapi di Malaysia, kita ada pelbagai topeng. Kita memakai topeng yang lain dalam konteks yang lain.

Di rumah kita orang yang lain berbanding dengan bersama kawan kawan. Depan isteri dan depan

kawan, ramai suami yang berkelakuan berbeza. Jadi sosial media menimbulkan satu masalah bila

semua kenalan mula add. Mereka tidak dapat kebebasan menjadi apa mereka sebenarnya.






Jadi ramai rakyat Malaysia yang mempunyai beberapa akaun palsu untuk menjadi mereka yang

sebenar.






Satu lagi, budaya orang Malaysia ini suka menegur untuk mendapat kepuasan sendiri.

Contohnya ramai suka menegur artis agar memakai tudung, jangan lupa sembahyang di

Instagram atau Facebook artis artis Malaysia. Tapi kalau dikaji profil profil ini pula, banyak

yang suka gambar awek pakai bikini juga. Jadi masyarakat Malaysia ini amat amat kompleks.

What you see is never what you get.






Contohnya sewaktu GE14, bukan semua melahirkan perasaan mereka di media sosial. Ramai yang

senyap. Mungkin takut, mungkin tak mahu berdebat. Tapi bila pilihanraya, ramai menyokong

Pakatan Rakyat. Tapi di Whatsapp group, ini lebih jelas kerana persekitaran lebih selamat, mungkin.









Adakah penularan sesuatu itu mencerminkan realiti sentimen masyarakat di luar sana?






DI Malaysia ada beberapa trend baru muncul melalui media sosial.






Saya perhatikan budaya raver sotong contohnya, sesuatu yang amat unik, hanya di Malaysia.

Dalam satu dunia tak ada orang menari raver tapi entah bagaimana boleh terhasil budaya raver

sotong. Ini mungkin hasil dari group group bawah tanah yang hanya terbuka kepada peringkat

golongan umur tertentu.






Dan budaya Kpop. Hampir setiap hari di Twitter pasti ada trend tentang Kpop. Bila saya kaji k

ebanyakan peminat Kpop, wanita, bertudung berumur 15 hingga 45 dan kebanyakan dari kawasan

pedalaman. Budaya Kpop ini memberikan satu ruang mereka lari dari realiti dan hidup dalam keadaan

yang mereka mahu. Dan ini berbeza dengan pemakaian mereka yang kalau diperhatikan amat amat

tradisional.






Tahukah anda budaya Cosplay dari Jepun dan budaya hijabster telah bergabung dan Malaysia negara

pertama dalam dunia yang memulakan hijabi cosplay. Ini perubahan di dalam masyarakat di mana

dua budaya boleh berjalan serentak.






Jadinya, masyarakat malaysia amat kompleks di mana luaran dan dalaman tidak semestinya sama.

Ini salah satu contoh evolusi masyarakat yang jelas melalui media sosial.









Adakah budaya penularan ini boleh digunakan untuk mengkaji sosiologi pemikiran masyarakat

di luar sana?






Tentu sekali. Ini adalah cara paling mudah , pantas dan data nya semua sudah sedia ada. Dengan

kemajuan teknoloji seperti big data, data scraping , kita boleh belajar tentang sosioloji masyarakat

malaysia dan bukan melalu teori sahaja.






Masyarakat adalah dinamik dan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan masih


tidak terlalu ramai menjadikannya sebagai satu kajian yang amat menarik.

Comments

Popular Posts