Pengajaran Dari Pandemik Coronavirus

Dalam masa melalui Pandemik, ada banyak masa nak membaca dan refleksi diri (bukan refleksologi) jadi banyak yang telah dibaca dan banyak yang telah difikirkan dalam masa tinggal seorang diri di rumah. Mungkin ada yang berguna, mungkin ada yang tak guna. 

Restricted Movement Order Coronavirus

Tapi bila menulis, baru nampak sebenar apa yang kita fikir tu ada logik atau tidak. Selagi ada dalam kepala, selagi idea/pendapat tu belum diluahkan keluar, ia hanya separuh wujud. Untuk test macam mana pendapat kita, peringkat pertama kita kena zahirkan ia, samada dengan menulis, bercakap/bercerita kat orang lain ataupun menghidupkan dengan tingkah laku/amalan kita. 

Pentingnya kita jaga fikiran kita ni sebab kalau kita tak belajar untuk kontrol fikiran kita, fikiran kita yang akan kontrol kita. Ini hakikat. 

Akal Pengaruh Kita Bertindak


Sebab tu pendekatan orang Barat ni tak berapa tepat, sebab dia tak nampak satu benda, dia terus kata tak wujud. Fikiran tu boleh nampak ka? Sebab itu salah satu ciri Iman ialah percaya pada yang ghaib. 


Dan sains sekalipun berubah-ubah. Bila Einstein buat teori relativiti, ramai saintis yang menyebutnya "final theory" dan "theory of everything"; teori penamat segala teori. Teori Einstein ni senang diterima pakai sebab teori ni kena dengan semua yang kita lalui dalam kehidupan seharian.

Sekarang pula wujud teori kuantum, teori yang melihat benda-benda yang paling kecil yang wujud dalam alam semesta. Masalahnya, mekanik kuantum dan relativiti umum (teori Einstein) ada beberapa percanggahan yang saintis masih belum pasti kesudahannya bagaimana dan terus lagi mengkaji. 

Michio Kaku On God



Jadi, kalau benda yang kita dah anggap hakikat ni pun boleh berubah, apa yang kita nak percaya sebenarnya dalam sains? 

Dan bukankah ini juga mirip macam kepercayaan agama di mana antara pelbagai agama malah di dalam setiap agama itu sendiri ada percanggahan pendapat? Padahal kita semua mempunyai mata, telinga. hidung dan tangan yang mengesan dan menilai benda sama? 

Sedangkan suami isteri yang tidur sekatil, makan semeja, sehari semalam duduk bersama, bercakap sampai tak larat nak bercakap bertahun-tahun pun boleh salah faham dan berbeza pendapat sampai bergaduh bercerai jadi musuh sampai mati, apatah lagi orang-orang biasa dalam agama sama, dalam negeri sama, dalam negara sama, dalam dunia sama. 

Hakikatnya, semua orang ada hakikat yang lain, dan mungkin tak ada 2 orang yang ada hakikat dan kepercayaan yang betul-betul sama 100%. Jadi, kalau ada orang yang berbeza pendapat dengan kita, mungkin dia salah, mungkin dia betul. Dan kalau dia salah sekarang, mungkin dia akan betul nanti dan pada masa sama, kalau dia betul sekarang, mungkin dia akan salah juga nanti. Bukan saja fakta sains berubah, malah hati manusia berubah-ubah 
setiap masa. Change

Pengajaran di sini ialah bahawa kita tak perlu riak dan taksub dengan apa yang kita tahu dan faham. Yang penting, kita sendiri yakin dengan diri dan pemikiran kita. Dan ada orang yang tahap pemahamannya mungkin lebih rendah atau lebih tinggi dan tak ada pengukur untuk menentukan siapa yang lebih jauh ke depan atau belakang. Hidayah itu sendiri membawa maksud "hadiah" ataupun "petunjuk". Kalau tak diberi, kalau tak ditunjuk, kita tak akan capai meski usaha bertahun-tahun. 











 


Comments

Popular Posts