Dunia media sosial kini lebih banyak menjadi medan pertembungan parti-parti politik sehingga ada pihak, cybertroopers berbayar kebanyakannya, yang terbawa-bawa sifat membenci dan partisan mereka, sehingga terlupa yang sebahagian besar dari pengguna media sosial berada di situ adalah untuk ber"sosial" dan bukannya untuk mengajak kepada kebencian.
Di Twitter, platform media sosial yang banyak didominasikan penyokong-penyokong Pakatan Harapan, samaada akaun biasa ataupun palsu, penguasaan mereka di situ terbukti menjadi racun bagi mereka sendiri kerana keterbiasaan mereka menyerang musuh beramai-ramai untuk menjatuhkan dan "character assassinate" akaun media sosial yang tidak sehaluan mahupun menyokong mereka kini makin disedari netizen-netizen Malaysia. Pekerjaan jelek begini telah lama menjadi modus operandi mereka dan saya sendiri menjadi serangan cyberbully mereka di mana kesannya terasa sampai ke sekarang kerana label "racist" yang diguna terhadap saya dimainkan begitu banyak kali sehingga ramai yang percaya tuduhan tersebut dan ini juga secara tidak lansung telah menjejaskan periuk nasi saya.
Namun, apabila saya melihat orang yang tidak bersalah diserang dengan begitu brutal dan tanpa belas kasihan umpama gangster sekolah rendah darjah 6 membuli pelajar darjah 4, saya merasakan yang agenda mereka ini perlu diceritakan dalam bentuk blog supaya pengguna media sosial sedar aktiviti kebudakan mereka tidak berterusan dan supaya mereka tidak begitu berani menyerang orang lain di masa hadapan.
Episod kali ni bermula apabila pengguna Twitter Zainal Azman Abu Kassim atau @ZainalAzmanNS membuat cicipan berikut:
Ya, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan saudara Zainal Azman. Ciapannya umpama ingin mengasingkan penduduk Sabah dengan Tanah Semenanjung, sekali imbas. Namun begitu, beliau telah meminta maaf dan juga menyatakan apa sebenar mesej yang dia ingin sampaikan.
Jelas, mesej yang ingin disampaikan adalah jika angka kes baru dari Sabah tidak dimasukkan sekali, maka jumlah bilangan keseluruhan kes di Malaysia tidak akan menjadi begitu tinggi dan menakutkan.
Tetapi kenyataan Azman di"spin"kan untuk menggambarkan seolah olah dia cuba memisahkan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia. Pakar screenshot dan pengawas Jr di Twitter, @kennleandre, terus menempelak Azman walau beliau telah memadamkan ciapannya dan setelah membuat kenyataan meminta maaf.
Walaupun kenyataannya ditukar dan serangan bertali arus kepadanya, Zainal terus tenang menerangkan apa sebenarnya yang dia cuba sampaikan dan kenapa ciapannya dipadamkan.
Namun serangan tentera upahan Pakatan Harapan terus menyerang! Macam kesalahan besar dan Azman disamakan dengan puak pemisah!
Dia dituduh mabuk dan tak ada otak.
"Receipt" di sini bermakna mereka dah sempat mengambil bukti tentang ciapan Azman.
Di sini mereka cuba bermain taktik psikologi kononnya mereka akan menggunakan "receipt" itu untuk buat laporan pada pihak berkuasa.
Dan ketibaaan Setiausaha Politik Lim Kit Siang, @Syahredzan selaku abang besar Twitter dengan kemahirann dan pengetahuannya yang serba luas dalam bidang undang-undang pasti akan menakutkan mereka yang tidak terbiasa dengan cyberbullying mereka di Twitter.
Syahredzan datang dan memberitahu fakta penting yang mungkin ramai orang terlepas pandang, Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan pandemik ini harus dihadapi bersama-sama. Duh.
Namun, sifat Zainal Azman yang terus memohon maaf kepada rakyat Sabah dan keluarga mereka dan menggunakan bahasa sopan menarik simpati warga Twitter yang lainnya.
Ya, walaupun kenyataan Zainal Azman tidak mengandungi unsur bangsa lansung, namun skrip biasa mereka untuk menarik para pemerhati lain untuk turut marah sekali, maka mereka telah menggunakan talian keselamatan panggilan kawan-kawan "RACIST!".
Namun, Zainal masih cool. Respect!
Kreativiti cybertroopers Pakatan Harapan digunakan dengan sebaiknya, siap cukai dan syaitan pun terpalit.
Ini pula taktik pasif agresif. Agak jijik mengaitkan dengan keluarga yang tidak kena mengena.
Penggunaan watak dari pelbagai bangsa untuk variasikan serangan.
Dipanggil anak haram
Sehingga ada yang percaya yang hanya satu ciapan dari Zainal Azman memungkinkan Sabah terus terpisah dari Malaysia.
Masih ada yang waras.
Makin lama makin pelik watak-watak pengguna Twitter dengan nama samaran tanpa muka sebenar yang keluar.
Tiba tiba Sarawak dengan Labuan pun terjebak!
Sampai nak potong Kepala!
Melihat peluang untuk boleh berlagak pandai dan hero Social Justice Warrior sejati, makin ramai yang datang!
Yang lagi bijak mungkin sempat Google dulu frasa menarik sebelum komen. Saya bagi markah ekstra untuk brader ni.
Jelas hardcore penyokong Pakatan Harapan. Dalam kepala pun yang ingat negeri Selangor dengan Penang saja.
Ya, banyak lagi sebenarnya serangan dari cybertroopers Pakatan Harapan tapi saya pun tak larat nak buang tenaga lagi. Cukuplah setakat ni. Jadi saya harap kita janga rasa goyah bila diserang beramai-ramai macam ni.
Untuk yang tak ada kekuatan mental, tambahan lagi pula mengharungi pandemik ini, cyberbully sebegini memberikan tekanan yang tidak perlu kepada sesiapa sahaja.
Masih ada yang waras.Hmm
Jahatttt
ReplyDelete