Cerita Hidup Kita


Kita semua ada sejarah kita sendiri, kadang di atas kadang di bawah, yang kita jadikan pedoman dan benda ni membentuk hidup kita dengan lebih banyak makna, dengan setiap tambahan sejarah atau episod baru.


Cinderella Castle


Kita semua pencerita, namun tak macam cerita-cerita hikayat atau kisah klasik yang kita   dengar, hidup kita tak ikut skrip atau ikut satu jalan yang dah ditentukan. Pengalaman dan identiti kita sentiasa berubah, dan penceritaan hidup kita sendiri adalah cara paling senang untuk kita faham dunia kita sendiri. 

Bila kita ambik bahagian-bahagian hidup kita dan kita letak untuk sesuaikan dengan satu naratif atau tema, kita sebenarnya buat satu cerita macam television series, yang paling senang kita faham. Sebab manusia ni akan sentiasa mencuba untuk memahami dunia melalui ceritanya sendiri.




Macam television series juga, penceritaan atau identiti naratif hidup kita mesti ada watak hero yang menolong siap jugak dengan watak jahat yang melawan, momen-momen dramatik, cabaran-cabaran serta penderitaan yang kita lalui. Bila kita nak orang faham pasal kita, kita akan kongsi cerita kita, vice versa; bila kita nak tahu pasal orang lain pulak kita pun mintak untuk diaorang kongsi cerita diaorang.

Cerita hidup yang kita naratifkan ni bukan sejarah tepat pasal apa yang sebenarnya berlaku macam dalam buku sejarah. Kita yang pilih naratif dalam penceritaan hidup kita. Cerita-cerita kita selalunya ada peristiwa-peristiwa yang paling luar biasa, yang baik dan yang buruk, sebab benda-benda tulah pengalaman yang kita faham, yang membentuk pehamahan kita dan juga pembuka untuk cerita lanjutan hidup kita yang seterusnya.




Tapi interpretasi kita mungkin berbeza-beza walaupun benda yang kita lalui tu sama. Untuk setengah orang, misalnya, pengalaman masa kecik yang mana bapak dia baling dia ke dalam swimming pool untuk belajar berenang mungkin buat dia jadi usahawan yang rajin belajar serta berani mengambil risiko. Untuk orang lain yang lalui benda sama, pengalaman tu mungkin buat dia dia membenci air, tak suka berenang serta tak percaya kepada ketua. Dan mungkin jugak kalau ada orang lain lalui benda sama, dia kata benda tu tak penting langsung.



Orang yang biasanya percaya hidup adalah penting dan bermakna, akan suka cerita tentang kisah yang ada unsur usaha, cause and effect ,kejayaan dan cara hidup. Orang yang selalu buat kebajikan pulak akan cerita macam mana hidup dia berubah dari yang buruk ke yang baik dan macam mana buat baik ni memberikan kesan positif dalam hidup dia. Ada orang yang bila kecik, miskin teruk tapi cerita dia pulak dari sudut di mana keadaan miskin dan yang susah payah tulah yang bawak dia dan keluarganya lebih rapat dan berusaha lebih kuat. 


Naratif cerita yang dipilih boleh mengubah seseorang, contohnya ada perempuan yang tengok best friend dia nyawa-nyawa ikan dan cerita tu buat dia jadi takut dan sedih, tetapi pada masa yang sama cerita tu jugak yang buat dia jadi jururawat yang sangat komited dalam karier dia yang bertahun-tahun lamanya.



Pada masa sama, ada pulak orang yang interpretasikan kehidupan diaorang dari baik ke buruk. Ada ibu, contohnya cerita pasal melahirkan anak lelaki sihat, buat dia gembira, tapi cerita tu end up suami dia pulak mati. Kegembiraan masa dapat anak hilang dengan insiden lepas tu dan jadi bebanan pulak bagi dia.

Ada juga yang memandang kehidupan diaorang kurang menyumbang kepada masyarakat dan lebih menjurus kepada menjadikan mereka sendiri sentiasa cemas dan tertekan, sentiasa tidak memahami dengan kehidupan mereka sendiri. 




Cara kita melihat, menggambarkan atau menceritakan hidup kita ni boleh buat identiti positif untuk mengawal dan memahami kehidupan kita, agar lebih disayangi, agar lebih maju dan supaya apa saja halangan pun boleh ditempuhi sebab nampak hidup sebagai satu cerita yang outcomenya pasti memihak kepada kita dan yang memberi makna. Kalau tak ada makna memang lah susah nak nampak apa saja yang berlaku sebagai kebetulan dan tak ada implikasi langsung.

Naratif peribadi kita memang bagi impak besar kepada kehidupan kita, kalau bukan impak terbesar.

Macam television series , kita boleh edit cerita kita pasal hidup kita walaupun tak kena dengan fakta. Sebab fakta bukan sesuatu yang penting bagi manusia untuk tempoh yang panjang, sebab yang lebih penting adalah naratif. Dan pada hemah saya juga, sebab tu membuang masa kita berdebat tentang fakta kerana untuk setengah orang naratif hidupnya itu sendiri memaksa dia menolak fakta yang ada bukan sebab dia tak percaya, tapi sebab dia tak mahu percaya.

Comments

Popular Posts