Satu Malaysia, Dua Dunia

 Sebelum aku join MyTwoCentsAsia aku sumpah tak kenal langsung pasal orang-orang yang aku interview ni semua. Aku sebenarnya terkejut sebab ramai bakat-bakat hebat dari segala segi, dari kewangan, sains, penulis, pelukis komik, NGO, IT, ekonomi, perundangan. Dan, diaorang ni serius hebat dalam bidang masing-masing.


And bila aku dalam show tu, aku provoke diaorang dengan soalan yang nak test diaorang tapi dari situ aku nampak ramai yang tunjuk ability dan experience yang tinggi.


STEM Malaysia


STEM Malaysia


Aku fikir balik kenapa aku tak kenal diaorang ni, aku ke yang tak cukup membaca padahal aku memang voracious reader semua benda aku jumpa aku baca selagi boleh.


Baru aku ingat yang aku mainly English reader. Benda yang aku baca The Star, The Edge, NST, Malay Mail, FMT dan kebanyakan benda overseas (NYT, Medium).


Kewangan Malaysia

So ni salah aku jugak lah tak baca benda dalam BM. Tapi yang menjadi persoalan bagi aku, kenapa diaorang yang aku anggap bakat hebat tak diketengahkan dalam medium-medium English.


Kenapa mereka hanya terdedah hanya dalam dunia bahasa Melayu saja? Mungkin isu ini aku yang baru sedar sebab aku memang racist dengan bangsa sendiri. Itu aku akui. Memang senang nak label bangsa sendiri lemah, malas, ada dilemma itu ini sebagainya kalau tak mendalami masalah sebenarnya.


Benda ini yang dimainkan pemimpin supaya bangsa Melayu dan bangsa lan terus lemah supaya senang dilaga-lagakan. Ini sama saja dengan konsep pecah perintah zaman British.


Flat PPRT



Kalau lah kita nak kaji balik pun isu rasisma ni sebenarnya secara objektif, aku tak rasa mana-mana bangsa lebih racist dari lain. Lebih kurang sama racistnya.



Jadi, kita ada pilihan nak teruskan permainan Oppression Olympics, tuduh-menuduh sapa lagi susah sapa lagi oppressed, atau kita boleh teruskan berdialog sesama kita. Kerana, mungkin juga ia hanya persepsi. Kenapa Melayu Racist?


Bagi aku, dialog ni penting. Sebab selagi kita dalam kelompok sendiri saja dan terus tak keluar dari kepompong kita, makin lama kita akan jadi ekstremis kelompok tu. Kalau kelompoj tu segi agama extremis agamalah kita jadinya. Kalau kaum, jadi ekstremis kaum lah jadinya.


Sebab tu semua bangsa akan terus cakap bangsa lain lagi teruk sebab setiap bangsa dalam kelompoknya sendiri akan bercakap tentang kelompok yang lain yang teruk dan ini kalau dimainkan hari-hari akan menjadi lebih kronik. Kalau wanita sekalipun asyik dalam kelompok wanita saja pun, tak cuba berdamping dengan golongan lelaki juga akan jadi ekstremis dan akhirnya jadi feminis.


Sebab tu aku lagi suka dialog sebab letih kat social media yang pointnya takkan terungkai habis dalam 240 huruf. Aku buat podcast so dari bergaduh berlawan kita sembang, kita share. Memang lah tak akan solve benda ni tapi at least kita dekatkan diri, kurangkan prasangka. 

Kasi Dia Cendol


Kalau harap bercakap kat podcast selesai semua masalah racism memang tak la. Sapa nak join, boleh contact aku sebab semua orang dah tanak join sebab aku dah dicop racist. Whatever lah. Hanya racist yang akan cop orang lain racist. 


Sebab, definisi racism ialah menganggap satu bangsa atau golongan itu lebih teruk dan buruk dari yang lain. So, technically, kalau kau pandang rendah kat bangsa lain sebagai racist, itu jugak racism. Dan kau racist jugak. 

Tapi kalau kita stop bercakap antara satu sama lain, makin lama makin teruk barah racism ni. Dan tak akan ada politicians yang stop benda ni sebab ini akan menjurus kepada kebaikan untuk setiap parti politik sebab sistem British yang kita ada masih lagi kuat dalam sistem politik kita.

Selagi kita masih bercakap satu sesama lain, kita akan okay lagi.





Comments

Popular Posts